Monday, September 24, 2012

Hari-hari yang Perit Ku Rasa

Usia kandungan yang hampir mencecah bulan ke-7 memang memenatkan dan memeritkan tulang belakang. Tapi demi si Kecil yang bakal lahir nanti dan demi kesejahteraan suami dan anak-anak, saya tetap juga gagahkan diri untuk melakukan tugas rutin harian saya..faham-fahamlah apa rutin harian seorang surirumah sepenuh masa seperti saya ni..

Berada di daerah Pitas tempat suami saya bertugas merupakan sesuatu yang membosankan..bukan kerana daerah ini tapi kerana ketiadaan kawan,tempat untuk berjalan pun terhad..memandangkan saya bukan berasal dari Pitas, jadi saya segan mau jalan2 dan buat tempat ni seperti kampung saya sendiri..hehe.. Ditambah lagi dengan sikap saya yang tidak mudah bergaul dengan orang yang saya tidak kenal..aiyoo..

Sejak semalam selera makan saya berkurangan. Tadi saya minta suami belikan burger tapi tiada jual pula hari ni..dia belikan mi goreng,kuih karipap dan popia..Syukurlah..asalkan saya tidak makan nasi juga untuk minum petang..^__^
Faris,anak kedua saya asyik mandi saja dia tahu. Mungkin dia kebosanan sebab tiada kawan. Sama macam saya juga..haha..kesian bah kami ni..hanya ada astro dan internet saja untuk penghibur hati kami berdua..


faris n me